Tuesday, February 27, 2007
Pelajar sains patut dapat zakat: Mufti
Oleh Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Konsep pengagihan zakat untuk golongan fisabilillah (berjuang kerana Allah untuk menegakkan syiar Islam) yang selama ini hanya membabitkan pelajar miskin jurusan agama patut diperluaskan kepada pelajar bidang kritikal seperti sains dan teknologi.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata konsep pemberian zakat hanya kepada pelajar agama boleh dianggap sebagai tafsiran sempit yang tidak akan merealisasikan matlamat untuk memartabatkan Islam dan umatnya.

Malah, beliau juga dukacita kerana lebihan wang zakat setiap tahun tidak disalurkan kepada golongan yang berhak, menyebabkan masalah umat Islam masih berlarutan.

“Ramai anak orang Islam mahu belajar pelbagai ilmu untuk memartabatkan Islam dan negara, bagaimanapun kuotanya terhad. Jadi kenapa tidak digunakan wang zakat berlebihan itu untuk meneruskan pengajian, kerana mereka juga fisabilillah.

“Jika konsep sedia ada diteruskan, bermakna kita mengamalkan konsep Islam yang sempit kerana hanya menganggap pelajar jurusan agama seperti pengajian fekah dan usuluddin saja berjuang menegakkan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan, Datuk Abdul Rahim Bakar mendedahkan beratus juta wang zakat yang dikutip setiap tahun, gagal diagihkan sepenuhnya kepada penerima yang layak kerana kelemahan pengurusan zakat di negara ini.

Beliau memberi contoh kutipan zakat PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2005 berjumlah RM126.7 juta, manakala pada 2004 berjumlah RM111 juta.

Daripada jumlah itu, peruntukan disalurkan ialah RM50 juta, tetapi jumlah sebenar disampaikan hanya sekitar RM35 juta kerana kelemahan pengurusan berpunca daripada sikap kurang proaktif kakitangan menyalurkan bantuan dengan alasan tiada permohonan diterima daripada golongan sasar.

Jika diteliti nisbah kutipan zakat dan pengagihannya kepada kumpulan sasar, hanya 60 peratus disalurkan setiap tahun. Bagaimanapun, lebihan wang zakat tidak diketahui sama ada digunakan untuk tujuan kebajikan lain atau disimpan. Contohnya, daripada RM111 juta kutipan pada 2004 itu, hanya RM56.6 juta diagihkan.

Berikutan itu, Mohd Asri akan memulakan langkah meneliti konsep pengagihan zakat di Perlis bagi memastikan semua yang berhak dan layak diberi bantuan.


“Bagaimanapun, setakat ini sudah ada pelajar selain jurusan agama memperoleh pembiayaan pengajian mereka,” katanya.

Katanya, sejajar pendekatan Islam Hadhari yang menjadi amalan sekarang, matlamat untuk mencapai status negara maju dan progresif seharusnya disusuli dengan tindakan lebih terbuka.

“Tentu kita tidak akan menjadi umat mampu berdaya saing, sedangkan peruntukan sedia ada tidak digunakan sebaik mungkin hanya kerana pengurusan (zakat) yang tidak tepat.

“Islam adalah agama yang lengkap, tetapi jika diteliti konsep pemberian zakat kepada fisabililah di negara ini, adalah amat mendukacitakan,” katanya.

Beliau berkata, pembiayaan sepenuhnya pengajian pelajar Islam sama ada di dalam atau luar negara menggunakan wang zakat adalah antara langkah terbaik ke arah memartabatkan Islam di negara ini.
posted by drmaza @ 9:50 AM  
Sunday, February 25, 2007
Terima kasih PM – Mufti
KANGAR 23 Feb. – Mufti kerajaan negeri Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainul Abidin (gambar) berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan supaya usaha mewujudkan kumpulan pengintip untuk mengesan perbuatan sumbang atau maksiat dihentikan.

Dr. Mohamad Asri memberitahu Bernama di sini, arahan yang dikeluarkan Abdullah sejajar dengan pandangan kerajaan Perlis sendiri yang awal-awal lagi tidak bersetuju terhadap tindakan mengintip bagi mengesan perbuatan maksiat.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan yang memetik kenyataan Abdullah pada sidang media di Jakarta, Indonesia sebelum berlepas pulang pada akhir lawatan kerja dua harinya ke republik itu.

Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa pasukan pengintip tidak perlu ditubuhkan untuk mencegah maksiat walaupun setiap negeri mempunyai bidang kuasa undang-undang di bawah Jabatan Agama Islam.

Abdullah berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan Terengganu mempertahankan tindakannya menggunakan khidmat individu tertentu sebagai pemberi maklumat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi mengatasi kes maksiat di negeri tersebut.

Mohamad Asri berkata, beliau bersyukur kerana pandangan yang pertama kali dicetuskannya sebelum ini mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan negara walaupun timbul pelbagai pendapat dan spekulasi berhubung cadangan beliau itu.

Mohamad Asri berkata, beliau juga hairan terhadap tindakan kerajaan Terengganu yang selama ini melaungkan konsep Islam Hadhari tetapi mengambil pendekatan menggunakan kumpulan pengintip bagi mengesan perbuatan sumbang atau maksiat di negeri tersebut.

‘‘Saya sangkakan ini sebagai sesuatu yang direstui oleh kerajaan pusat tetapi dengan adanya arahan Perdana Menteri yang meminta semua negeri supaya menghentikan penggunaan kumpulan pengintip tersebut, barulah saya sedari bahawa tindakan itu bukanlah arahan di peringkat pusat,’’ katanya.

Mohamad Asri berkata, orang ramai boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan enam garis panduan yang disediakan dalam membanteras perbuatan sumbang atau maksiat tanpa menggunakan kumpulan pengintip.

– Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0224&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_03.htm&arc=hive
posted by drmaza @ 10:55 AM  
KUALA LUMPUR: Distribution of zakat (tithe) should not be confined to overseas-bound students who want to pursue religious studies only.

Such a practice is unfair to other poor Muslim students who want to take up non-religious subjects, said Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"At present, zakat allocations for poor students are confined to religious students, especially those bound for the Middle East. Very little is spent on students pursuing other subjects."

Muslims in Malaysia are weak not because there are not enough ustaz (religious teachers) but due to their failure to grasp strategic and critical sectors such as technology and bio-technology, he added.

Zakat is compulsory on all Muslims, and must be distributed to, among others, the hardcore poor, the poor, the new converts and those who strive for fisabilillah (the way of God), which include those who want to study for the betterment of Islam.

It is learnt that state religious authorities give between RM2,000 and RM4,000 annually to each eligible student pursuing Islamic courses in Syria, Jordan, Egypt, Morocco and other Middle Eastern countries.


http://www.nst.com.my/Current_News/nst/Saturday/National/20070224094349/Article/index_html

posted by drmaza @ 10:49 AM  
Saturday, February 24, 2007
Youthful Perlis mufti just wants to shake things up
Controversial Islamic scholar hopes to bring conservatives and liberals to the centre

By Leslie Lau
The Straits Times


A STATE Islamic scholar here has become the lightning rod in the struggle between liberals and conservatives.

Although Dr Mohd Asri Zainul Abidin was named Perlis Mufti just last November, his statements have shaken the country's religious establishment.

At 35, he is the youngest mufti ever appointed here, and he is forcing Malaysia's Muslims to examine the way they practise their religion.

The most-publicised case in point is his criticism that Malaysia is the only country in the world where Islamic religious officers raid hotels and even private homes to arrest Muslim couples for either having sex or just being alone together.

For that, liberals have called him a breath of fresh air, while conservatives have used harsher words to describe him.

Dr Asri himself dismisses both labels.

'I am not a liberal,' he says in an interview early this month at his office in Kangar, Perlis. 'I am a modernist who wants to shake things up.'

He explains that he simply condemns khalwat raids because Islam considers it haram to snoop or invade people's privacy.

'If there are immoral activities, then we have to stop them, but if someone is hiding, then there is no need to bang on their doors,' he says.

'There are many other problems out in the open that we have to curb like transvestites, prostitutes or even Muslims gambling.'

Yet, he says it is compulsory for Muslim women to wear the tudung and to generally dress appropriately without over-exposure.

'A woman who does not wear the tudung is not doing something that is prescribed in Islam.

'But of course it is just one of many things that are expected of us in Islam. So if a woman does not wear the tudung, it does not mean she is not religious at all,' he says.

He draws the line, however, at women wearing the purdah, the loose-fitting clothing that covers them from head to toe.

Islamic text, he says, does not support the wearing of the purdah by Muslim women.

He feels that liberal Muslim groups in Malaysia like Sisters-

in-Islam, which demands women's rights and takes a liberal interpretation of Islam, misunderstand the religion.

'Sometimes what they do is react to some religious groups who are close-minded and conservative,' he says.

'What I want to do is to bring these two sides to the centre.'

Recently, Dr Asri stirred up controversy again when he said Chinese Muslims in Malaysia should be allowed to build their own mosques where imams preach in Mandarin.

'I just want to basically show the world that Islam is universal and does not belong to any one race. This can encourage the Chinese to look at Islam as a religion they can turn to,' he says, in reference to the practice of having mainly mosques here which preach only in Malay.

Islam, he says, is not the exclusive property of the Malays and Arabs.

He points out that in Malaysia, a Chinese cannot become a Malay, but he can become a Muslim.

The Chinese, he says, should not look at the way Muslims practise the religion, but discover Islam for themselves.

Dr Asri appears determined to continue stoking controversy while reaching out to more Muslims in his job as state mufti and his continuing career as an Islamic preacher.

Before becoming state mufti, he was a lecturer in Islam at Universiti Sains Malaysia and an Islamic preacher with a big following, especially among the young.

Young Malays clad in blue jeans and sporting long hair, more likely to be seen at rock concerts, often turn up at his religious talks.

Explaining his appeal, he says: 'I explain Islam in a simple manner. It is Islam light and easy. I use rational discussions and ideas to influence. I do not scold them.'

http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.php?itemid=2637
posted by drmaza @ 9:58 AM  
Wednesday, February 21, 2007
Isu Tajassus Dalam Operasi Pencegahan Mungkar
Oleh:
Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis)


Apabila isu khalwat dibangkitkan ramai pihak yang memberikan reaksi yang tersendiri. Ada yang berkepentingan menjadikan isu ini sebagai isu politik disebabkan sudah lama barangkali ketandusan isu.

Ada yang begitu konservertif sehingga enggan memahami maksud sebenar isu ini. Namun yang nyata sokongan golongan terpelajar dan berpendidikan di negara ini amat memberangsangkan. Sokongan besar yang mereka berikan menjadi api semangat ke arah meneruskan proses pembaruan pemikiran yang amat diperlukan demi mempertahankan imej Islam.

Kesalahan Memahami Isu

Walaupun penjelasan telah dibuat secara bertalu-talu dalam media cetak dan elektronik, ternyata masih ada pihak yang cuba memutar belitkan isu. Antara yang mereka kelirukan ialah kononnya isu ini untuk menghalang al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar, menggalakkan maksiat, membiarkan muda-mudi terus menambahkan kemungkaran dan seumpamanya.

Sebenarnya, apa yang dipertikaikan bukanlah usaha mencegah kemungkaran, tetapi disiplin dan pendekatan yang digunapakai. Juga fokus yang berlebihan terhadap maksiat tertutup sehingga melupai tanggungjawab sebenar terhadap pencegahan maksiat terbuka.

Seperti yang dimaklumi, bahawa antara perkara asas yang disepakati oleh umat Islam tanpa kecuali ialah Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah kewajipan agama dan melaksanakannya adalah melaksanakan ibadah kepada ALLAH s.w.t. Nas-nas mengenai perkara ini amat banyak. Kecuaian terhadap tanggungjawab ini adalah dosa.

Firman ALLAH dalam Surah al-Maidah: 78-79.: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kafir dari Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan munkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”.

Ketika menafsirkan firman ALLAH Surah al-Anfal: 25.:(maksud): “Dan jagalah diri kamu daripada fitnah yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya”,

Ibn ‘Abbas berkata: (maksudnya) “ALLAH memerintahkan orang mukmin agar tidak mengakui kemunkaran yang berlaku di kalangan mereka, nanti ALLAH akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( rujukan: Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam (1997).

Sabda Nabi s.a.w. dalam riwayat al-Imam Muslim: “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah dia ubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman”

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Perkataan Nabi s.a.w “hendaklah dia mengubahnya” adalah perintah wajib secara sepakat umat Islam. Mewajibkan al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar ini bertepatan dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’. (rujukan: Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 1/217, Beirut: Dar al-Khair (1994)

Perbuatan meninggalkan al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar mengundang kemurkaan ALLAH s.w.t. Ia juga adalah satu kemunkaran yang mesti dibantah. Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika semua tidak melakukannya, maka mereka semua menanggung dosa. Jika tidak ada sesiapa di hadapan sesuatu kejadian munkar, melainkan seorang sahaja, maka fardu ‘ain ke atas individu berkenaan.

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): “Sesungguhnya al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugur kesalahan dari yang lain. Jika semua meninggalkannya, maka berdosalah setiap yang mampu melakukannya dengan tanpa sebarang keuzuran dan ketakutan. Kemudian, ia mungkin menjadi fardu ain ke atas seseorang.

Ini seperti di tempat yang tiada siapa yang tahu melainkan dia, atau tiada siapa yang mampu mencegahnya melainkan dia. Seperti seseorang yang melihat isteri atau anaknya atau hambanya melakukan munkar atau mengurangi makruf”.( rujukan:Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 1/217-218)



Mencegah Munkar Mesti Mengikut Peraturan

Islam adalah agama yang berpegang kuat dengan disiplin dan peraturan. Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehingga hajj ada syarat dan rukunnya. Bermula dari dalam masjid sehingga ke medan perang, ada peraturan dan disiplinnya. Bahkan dalam keadaan yang sukar ketika bertempur dengan musuh pun, para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang dengan peraturan-peraturan tertentu seperti tidak dicincang mayat, tidak dibunuh kanak-kanak dan sesiapa yang tidak terlibat, tidak bunuh para perwakilan dan berbagai lagi. Apa yang penting, suruhan dan perintah yang dikeluarkan oleh Islam diiringi dengan rukun, peraturan, disiplin dan kaedah yang mesti diikuti. Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘an al-Munkar adalah titah ALLAH dan ia adalah ibadah atau amal soleh. Justeru ia mempunyai peraturan yang mesti di patuhi.

Sesuatu ibadah tidak sah melainkan dengan syarat-syaratnya. Syarat ibadah ialah ikhlas dan menepati al-Quran dan al-Sunnah. Sesiapa yang ikhlas tetapi tidak menepati al-Quran dan al-Sunnah amalannya ditolak

Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H): “Oleh kerana ini menjadi batasan setiap amalan soleh, maka penyuruh kepada makruf dan pencegah daripada munkar itu sendiri wajib memenuhi tuntutan tersebut. Justeru tidak menjadi amalan soleh jika tidak dengan ilmu dan fiqh. Ini seperti kata ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz:

"من عبد الله بغير علم، كان ما يفسد أكثر مما يصلح"

)Sesiapa yang mengabdikan diri kepada ALLAH tanpa ilmu, maka apa yang dia rosakkan lebih banyak daripada apa yang dia baik…Ini suatu yang jelas. Sesungguhnya tujuan dan amalan jika tidak dengan ilmu maka ia adalah kejahilan, kesesatan dan mengikut hawa nafsu –seperti yang dijelaskan sebelum ini-. Inilah perbezaan antara golongan jahiliyyah dan golongan Islam.

Pelaksana Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar mestilah mempunyai ilmu mengenai makruf dan munkar, serta membezakan keduanya. Mestilah juga memiliki ilmu mengenai keadaan orang yang disuruh atau dicegah tersebut”.( rujukan: Ibn Taimiyyah, Majmu’at al-Fatawa, 14/344-345, Riyadh: Maktabah al-‘Abikan 1998)


Munkar Yang Nyata

Para ulama syariah ketika membahaskan syarat-syarat Al-Amr bi al-Ma’ruf Dan al-Nahy ‘An al-Munkar telah menyebut dengan jelas bahawa salah satu syaratnya; hendaklah mungkar itu sesuatu yang zahir atau nyata. Dalam ertikata lain sebarang syak wasangka atau intipan tanpa sebab yang dururat adalah dilarang. Hal ini dijelaskan oleh berbagai-bagai ulama dalulu dan semasa.

Dalam tulisan ringkas ini saya suka untuk memetik apa yang sebut oleh al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din. Ini memandangkan tokoh berkenaan dan karangannya tersebut amat masyhur di kalangan masyarakat melayu kita. Beliau telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud “perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada kebaikan) apabila jelas ia ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila jelas ia dilakukan” (lihat: Dr Fadl Ilhi, Al-Hisbah, m.s. 20, Pakistan: Idarat Tarjamah al-Islam 1997M).

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).

Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai ALLAH pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: ALLAH ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.

ALLAH berfirman: (Maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. ALLAH berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(rujukan: Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990)

Tokoh ulama semasa seperti al-Qaradawi telah menyebut perkara yang hampir sama. Beliau dalam bukunya Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam telah menyatakan: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya.

Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadith "barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain.

Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada ALLAH untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir ALLAH dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kikir dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Adapun hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada ALLAH.

Kejadian yang menarik mengenai hal ini adalah apa yang dialami oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab r.a. sebagaimana yang dikisahkan Al-Ghazali di dalam Al-Ihya' Ulumuddin tentang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, bahawa suatu kali Umar memanjat tembok rumah seseorang, sehingga dia boleh melihat keadaan yang tidak sewajarnya dia lihat lalu membantahnya.. Lalu pemilik rumah itu berkata. "Wahai Amirul Mukminin, jika aku menderhakai Allah hanya dari satu perkara, maka engkau telah menderhakaiNya dari tiga perkara. Tanya ‘Umar: "Apa itu?" . Orang itu menjawab. "Allah telah berfirman, Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain. 'Sementara engkau telah mencari-cari kesalahan. Allah telah berfirman. 'Dan datangilah rumah-rumah dari pintunya. "Sementara engkau memanjat atap. Allah telah berfirman. 'Janganlah kalian memasuki rumah-rumah selain rumah-rumah kalian hingga kalian meminta izin dan menyampaikan salam kepada pemiliknya. 'Sementara engkau tidak menyampaikan salam. Maka Umar bin Al-Khattab meninggalkan orang tersebut, dan mensyaratkan kepadanya untuk bertaubat”. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq 1997)

Adalah menghairankan ada kumpulan atau organisasi tertentu yang pernah menjadikan buku al-Qaradawi tersebut sebagai bahan perbincangan di peringkat kepimpinan mereka tiba-tiba terperanjat apabila isu operasi khalwat dibangkitkan.



Tafsiran Tajassus (Mengintip Mencari Kesalahan Orang Lain).

Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Antara ulama tafsir yang memberikan tafsiran yang teliti tentang maksud al-Tajassus dalam ayat ini ialah al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H). Beliau menafsir maksud ayat wala tajassasu (jangan kamu mengintip) tersebut: “Ambil apa yang nyata, jangan kamu mencari-cari keaiban kaum muslimin, iaitu jangan kamu cari keaiban saudaramu untuk kamu melihatnya setelah ALLAH menutup”. Kemudian al-Imam al-Qurtubi telah mengemukakann riwayat-riwayat yang memadai tentang larangan mengintai atau mengintip maksiat orang lain dengan tujuan untuk diambil tindakan. (Lihat: al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 16/333-334, Beirut: Dar al-Fikr t.t.)

Bahkan Syaikh al-Mufassirin, Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) sebelum itu telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “ALLAH melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang ALLAH tutup”. Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya. Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41)

Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut: wala tajassasu bermaksud: jangan kamu mencari keaiban dan keburukan kaum muslimin. Jangan kamu singkap apa yang mereka cuba tutupi dan kamu cuba melihat rahsia-rahsia mereka”. Beliau juga menyebut: “Tajassus termasuk dalam dosa-dosa besar, iaitu mencari keaiban yang tersembunyi dan rahsia”.( Al-Zuhaili, Al-Tafsir al-Munir, 255, 263/26, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir 1991)

Sebagai penulis tafsir moden, Sayyid Qutb menyentuh ayat ini dengan begitu mendekati kehidupan muslimin di zaman kini. Antaranya beliau menyebut: “Namun perkara ini kesannya lebih jauh dari itu. Ia adalah prinsip Islam yang utama dalam sistem kemasyarakatannya, juga dalam urusan perundangan dan perlaksanaannya. Sesungguhnya bagi manusia itu kebebasan, kehormatan, kemuliaan yang tidak boleh dicerobohi dalam apa bentuk sekalipun. Tidak boleh disentuh dalam apa keadaan sekalipun.

Dalam masyarakat Islami yang tinggi dan mulia, manusia hidup dalam keadaan aman pada diri mereka, aman pada rumah mereka, aman pada rahsia mereka dan aman pada keaiban mereka. Tiada sebarang justifikasi –atas apa alasan sekali pun- untuk mencerobohi kehormatan diri, rumah, rahsia dan keaiban. Sekalipun atas pendekatan mencari jenayah atau memastikannya, tetap tidak diterima dalam Islam pendekatan mengintip orang ramai.

Hukum manusia berasaskan apa yang zahir. Tiada hak sesiapa untuk mencari-cari rahsia orang lain. Seseorang tidak akan diambil tindakan melainkan atas kesalahan dan jenayah yang nyata dari mereka….demikianlah nas ini (larangan tajassus) menempatkan dirinya dalam sistem perlaksanaan dalam masyarakat islami. Ia bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia telah menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan manusia. Tidak boleh disentuh dari dekat atau jauh, atau atas sebarang pendekatan atau nama”.(rujukan: Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Quran, 6/3346, Kaherah: Dar al-Syuruq 1992)

Nas-Nas Sunnah Dan Amalan Sahabah Berkaitan Tajassus

Banyak hadith-hadith Nabi s.a.w yang menyentuh hal ini. Bersesuaian dengan tulisan yang ringkas ini, di sini disebutkan antaranya; Daripada Abi Barzah al-Aslami, katanya: Bersabda RasululLah s.a.w: “Wahai sekelian yang mendakwa beriman dengan lidahnya, namun iman tidak masuk ke dalam hatinya, jangan kamu mengumpat kaum muslimin, jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesiapa yang mencari-cari keaiban kaum muslimin, maka ALLAH akan mencari keaibannya. Sesiapa yang ALLAH cari keaibannya, maka ALLAH akan mendedahnya sekalipun dirumahnya.( Hadith sahih. Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Dalam hadith lain daripada Mu’awiyah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engakau merosakkan mereka atau hamper merosakkan mereka. Kata Abu Darda: Itu adalah perkataan yang Muawiyah dengar daripada Rasulullah, ALLAH memberikan manfaat kepadanya dengan perkataan tersebut. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

Dalam satu riwayat daripada Zaid bin Wahb, katanya: Dibawa seorang lelaki kepada Ibn Mas’ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd ALLAH bin Mas’ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”.( Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih)

Al-Syaikh Salim ‘Id al-Hilali ketika mensyarahkan hadith-hadith Riyad al-Salihin menyebut: “Tajassus bermaksud mencari dan menyelidiki keburukan dan keaiban kaum muslimin. Al-Quran dan al-Sunnah telah melarang hal ini. Sebabnya ia menyakitkan empunya keaiban itu sedangkan dia berusaha menutup dan tidak melakukannya secara terang-terangan. Dilarang berusaha mencari kesalahannya kerana kita disuruh menutup keaiban seboleh mungkin”.( Al-Hilali, Bahjah al-Nazirin, 3/92, Jeddah: Dar Ibn Jauzi 1425H).



Jika Dururat Mendesak Tajassus

Timbul persoalan pada sesetengah pihak, terutamanya pasukan keselamatan; jika intipan dilarang sama sekali, ia boleh menimbulkan ancaman yang membahayakan negara atau keselamatan awam. Ini seperti rancangan pengedaran, senjata api dan seumpamanya.

Di sini perlu dijelaskan, tajassus adalah diharamkan untuk kemaslahatan dan mengelakkan kerosakan. Namun jika terbukti di sana ada keburukan atau kemerbahayaan yang lebih besar yang mengancam keselamatan awam, maka ia diizinkan seperti mana diizinkan mengumpat untuk suatu tuntutan yang mendesak. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Nisa 148-149: (maksudnya) Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

Dalam keadaan terdesak, maka apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) amat bertepatan. Kata beliau: “Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan kerana ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemunkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”.( Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1405H)

Secara mudah saya bahagikan hal ini kepada dua bahagian:

Pertama: Maksiat atau kemungkaran peribadi yang membabitkan diri seorang insan dengan Tuhannya sahaja tanpa mengancam keselamatan awam. Maka maksiat seperti ini tidak boleh dilakukan tajassus. Ini berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan tadi.

Kedua: Maksiat atau kemungkaran yang mengancam keselamatan awam. Maksiat jenis boleh diintip disebabkan kemerbahayaan membiarkannya tanpa kawalan adalah lebih dahsyat dari keburukan tajassus.

Adapun pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-Mawardi dalam Al-Ahkam al-Sultaniyyah yang dikutip tanpa ulasan yang mendalam oleh beberapa penulisan segelintir ulama dahulu dan sekarang adalah pembahagian yang menarik dan mempunyai unsur persamaan dengan yang saya sebutkan. Namun sebutan zina sebagai contoh dalam pembahagian pertama yang membolehkan tajassus tidak mempunyai alasan atau sandaran yang kukuh. Bahkan bercanggah dengan kes-kes aduan zina pada zaman Nabi s.a.w yang mana baginda berusaha menolak aduan dan mengelakkan kes diproses.

Garis Panduan Umum Operasi Khalwat

Berdasarkan perkara-perkara yang disebutkan di atas maka, saya dengan ini mencadangkan atau mengingatkan beberapa perkara berikut mestilah difahami dan diberikan perhatian;

1. Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus berkembang dalam masyarakat Islam.
Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut. Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Jika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik. Pemberitahuan orang fasik ditolak.

2. Operasi Itu Sendiri Tidak Berasaskan Tajassus.
Operasi memeriksa bilik ke bilik atas usaha mencari kesalahan maksiat adalah diketegorikan sebagai tajassus. Kemungkaran yang dicegahkan ialah apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka operasi mencari maksiat tersembunyi seperti meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam.

3. Operasi Tidak Boleh Berasaskan Perkhabaran Yang Tidak Diyakini
Sebarang syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Ini seperti firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 6: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Operasi ini mempunyai kesan terhadap maruah dan hak kebebasan orang lain. Maka individu yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak. Termasuk dalam hal ini ‘kaki tajassus’. Al-Imam Ibn Kathir menyebut bahawa berdasarkan ayat ini sebahagian ulama menolak riwayat orang yang tidak diketahui latarbelakangnya dibimbangi ia fasik.(lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 13/145, Riyadh: Dar ‘Alam al-Kutub 1425H)

4. Pihak Pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim –secara langsung atau tidak- tanpa kesedaran sendiri melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.
Nabi s.a.w tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara muslim. Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini hendaklah dihentikan.

5. Tidak boleh didedahkan maksiat ini kecuali untuk perbicaraan kes.
Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dalam Islam.


6. Operasi benar-benar berteraskan keyakinan terhadap keselarasan dengan kaedah syarak dan ketepatan tindakan.
Perlu disedari operasi ini boleh menyebabkan sangkaan buruk tanpa bukti kukuh, mencemarkan maruah jika tersilap tangkapan, mengganggu ketenteraman individu dan haknya, menimbulkan kebencian terhadap pihak agama jika masyarakat diperiksa tanpa bukti yang nyata dan lain-lain. Maka jika ada sebarang keraguan, hendaklah tidak diterus sesuatu operasi pada sesuatu masa atau tempat. Maka kes kesilapan dalam tangkapan yang berlaku di sana sini adalah tanda menjalankan operasi atas keraguan.

Jika operasi dibuat dengan mematuhi syarat-syarat yang berlandaskan ruh syarak tentu kesilapan dan bantahan orangramai terhadap cara operasi dijalankan boleh di atasi. Focus masalah umat Islam juga hendaklah lebih luas. Maka persoalan tajassus yang dibincangkan oleh para ulama hendaklah diberikan perhatian serius agar imej Islam dapat dipelihara.

posted by drmaza @ 10:48 AM  
Malaysian Mufti Stirs Taboos Debate

IslamOnline.net & News Agencies

KUALA LUMPUR — Malaysia's newest and youngest mufti has been making headlines in local media with maverick views over some long-adopted taboos in the Asian Muslim country.

I am not a politician and I don't have any political ambition," Mohamad Asri Zainul Abidin, the newly-appointed mufti of the northernmost state of Perlis, told Reuters on Thursday, January 18.
"I'm just articulating my views on Islam. If politicians feel the views are acceptable, then they should consider them."

"There's nothing wrong with Islam. But what is hurting the image is the interpretations of Islam by Muslims themselves," Asri believes. (Reuters)

Zainul Abidin, 35, disagrees with some long-cherished moral policing in Malaysia and criticizes vice squads raids on couples in the streets and public places, especially if there are non-Muslims.

Under Islamic law, which operates alongside the civil code in multicultural Malaysia, khalwat -- close proximity between a man and a woman who are not married -- is forbidden.

"Going from one hotel room to another and questioning couples is against the concept of Islam that teaches us to promote good feelings, not to snoop on others and publicly humiliating them," insists the young mufti.

A furor has broken out in Malaysia recently over its morality laws, envisaging persecution for people caught in indecent and disorderly behavior.

Nevertheless, the government has assured non-Muslims will not be punished under the morality laws.

Malays, mostly Muslims, make up nearly 60 percent of Malaysia’s 26 million people.

Ethnic Chinese and Indians - most of them Buddhists, Hindus and Christians - make up about 35 percent. The rest are indigenous people and Eurasians.

Apostasy

Mufti Asri, in his dark suit and black songkok, a traditional Malay velvet cap, also speaks his mind out over another sensitive issue as he argues that there shouldn’t be a punishment for apostasy.

"Why should we keep someone who is no longer a Muslim?" he asks.

Abdul Rahman, an Afghani Muslim who converted to Christianity, has recently trigger an international outcry after a court in Afghanistan sentenced him to death over apostasy.

He was eventually freed after interventions from US President George Bush and Pope Benedict XVI of the Vatican.

Prominent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi says Islam does not execute the apostate who does not proclaim his apostasy or call for it. Rather, it leaves the punishment for the Hereafter if he dies in the state of apostasy.

Mohammad Salim Al-`Awwa, Secretary General of the International Union of Muslim Scholars, insists that the Qur'an does not specify a worldly punishment for apostasy.

Qur'anic verses talking about apostasy only warn of a punishment for the apostate in the Hereafter, he said echoing Qaradawi's view.

Misperceptions

Mufti Asri insists his ultimate aim is to wash away wrong perceptions about Islam caused by misinterpretations of the Muslim faith.

"The current confusion in the Islamic world that has led to a less attractive image about the religion is because of interpretations by Muslim scholars," he believes.

"Some interpretations are right and some are wrong."

With a doctorate in religious studies, Asri maintains that the true understanding of Islam would prove that the religion is not about the past but how the present and future generations can live and adapt.

"There's nothing wrong with Islam. But what is hurting the image is the interpretations of Islam by Muslims themselves."

He believes his mission is to present Islam in its true a modern face, in order to change the religion's misperceived image for non-Muslims.

"There should not be an Islamic image that creates fear on others."

The young scholar's views have caused ripples in Malaysia.

Some officials and scholars have called him a stooge for those who put national interests ahead of Islam.

But others, including Information Minister Zainuddin Maidin, have been appreciative of his approach.

"It's about time the ulamas (scholars) start thinking out of the box."


http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1168265715978&pagename=Zone-English-News/NWELayout
posted by drmaza @ 10:18 AM  
Umat Islam Sedang Hadapi Krisis Pemikiran Yang Sempit
Daripada Adnan Jahaya

JAKARTA, 20 Feb (Bernama) -- Umat Islam di Nusantara kini sedang berhadapan dengan krisis pemikiran yang sempit menyebabkan wujudnya masyarakat Islam yang berpuak-puak, kata Mufti Negeri Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya antara kesan daripada krisis pemikiran itu ialah sikap suka melabelkan orang lain yang tidak bersetuju dengan aliran mereka sebagai tidak Islamik.

"Mereka tidak mahu menerima pandangan orang lain dan tidak mahu beri peluang untuk orang bertanya mengenai perkara tertentu," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada seminar Pembangunan Pemikiran Islam Antarabangsa di sini hari ini.

Sebelum itu Dr Mohd Asri membentangkan kertas kerja bertajuk "Peranan Al-Sunnah Dalam Menilai dan Mengawal Pemikiran Agama" pada seminar anjuran bersama kerajaan Perlis, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jemaah Muhammadiah, Indonesia itu.

Beliau berkata pemikiran sempit segelintir umat Islam itu boleh menyumbang kepada kemunduran umat Islam ketika kaum daripada agama lain berlumba-lumba untuk maju.

Mengenai Islam yang dilabelkan sebagai ganas dan militan, beliau berkata ia antara lain berpunca daripada umat Islam yang berfikiran sempit dan menjadikan amalan keganasan dan militan sebagai penyelesai masalah.

Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata keganasan dan militan yang dikaitkan kepada Islam juga sebenarnya adalah rekaan musuh Islam yang melihat kes-kes tertentu sebagai sesuatu yang menyeluruh.

Mufti itu berkata Islam perlu diberi imej baru bagi mengembalikan keagungannya dan ia menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.

Masalahnya yang sedang dihadapi, menurut Dr Mohd Asri ialah ada di kalangan ulama yang menolak pandangan baru yang bertujuan mewujudkan kebangkitan Islam kerana mereka telah terikat dengan pandangan dan kefahaman lama.

Sebagai contoh, beliau berkata dalam hal zakat, umat Islam terikat dengan perkara-perkara terlalu asas sehingga tiada usaha ke arah mengembangkan peranan zakat kepada perkara-perkara yang boleh memajukan umat Islam.

Katanya zakat boleh membantu melahirkan lebih banyak cendekiawan Islam seperti pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, ketenteraan dan ilmu sains.

Sementara itu, lebih 100 peserta yang terdiri daripada ulama dan cendekiawan Islam Malaysia dan Indonesia menghadiri seminar selama tiga hari yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.

Seminar yang julung kali diadakan itu bermula Ahad lalu dan berakhir petang ini.

-- BERNAMA
posted by drmaza @ 10:17 AM  
Tuesday, February 13, 2007
Males allowed to view female athletes who are decently clad: Perlis Mufti
KOTA BARU Males can be allowed into sporting events provided females athletes are decently clad.

Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin said organisers of sporting events which require much physical movement, must observe two elements.

One is to advocate fitness through health-beneficial physical activities while the other is to ensure such activities do not lead to negativity, such as arousing males.

If both can be balanced, then males should be allowed to view female athletes in action, Dr Mohd Asri said in an interview.

He was commenting on a statement by state women and sports committee chairman Abdul Fatah Mahmood that males would be barred from being part of the audience for the inaugural Malaysian All-Women Games to be hosted here this Saturday.

Some 1,000 female athletes from throughout the country will participate in the two-day event to be officiated by Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Fatah said males will be allowed to view only the opening ceremony.

Dr Mohd Asri said it is any government's right to sanction any sporting event on its terms and conditions.

He said women should not be exploited, which is why Islam called on them to be disciplined in their attire and to clothe parts of their body which tend to be viewed as arousing.

Anything done to safeguard morality for any religion must be lauded and supported, Dr Mohd Asri said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/12/nation/20070212174227&sec=nation
posted by drmaza @ 8:11 PM  
Men can watch if women athletes decently clad: Mufti
By IAN MCINTYRE

KOTA BARU: Men are allowed to watch women’s sports events if the athletes are decently clad.

Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin said there were two elements which organisers of sporting events such as athletics or activities which require much physical movement have to observe.

The first is to advocate fitness through health-beneficial physical activities and the second is that such activities do not arouse males.

If both can be balanced, then males should be allowed to view female athletes in action, Dr Mohd Asri said in an interview.

He was commenting on a statement by state women and sports committee chairman Abdul Fatah Mahmood that males would be allowed to attend the opening ceremony but not the events at the inaugural Malaysian All-Women Games to be hosted here this Saturday.

Some 1,000 female athletes from throughout the country will be participating in the two-day event, which Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat will open.

Dr Mohd Asri said it was any government’s right to sanction any sporting event on its terms and conditions.

“It is not to politicise. The PAS-led state government has its way of dealing with it, and efforts to prevent any negative elements from emerging during sporting events is appreciated,” he said.

“During Prophet Muhammad’s days, even his wife Aishah participated in horse racing in public, but she was clad decently.”


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/2/13/nation/16861582&sec=nation
posted by drmaza @ 5:02 PM  
Friday, February 9, 2007
Mufti Perlis Enam Garis Panduan Jalankan Operasi Khalwat

KANGAR, 8 Feb (Bernama) -- Mufti Perlis Dr Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguatkuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.

Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.

Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya, sebaliknya berasaskan zahirnya kemungkaran itu, seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedang berlaku.

"Jika dia melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik dan pemberitahuan orang fasik adalah ditolak," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada seminar Tangkap Basah peringkat negeri Perlis.

Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.

Katanya kemungkaran yang dicegah ialah apabila ia nyata atau diketahui secara yakin, seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas, aktiviti yang dimaklumi masyarakat sekeliling atau berdekatan.

"Perbuatan tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam," jelas beliau.

Dr Mohamed Asri berkata perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.

"Sebarang syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. Al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik. Maka individu yang diketahui terlibat dengan kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak, termasuklah kaki tajassus," katanya.

Perkara keeempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.

Dalam hal ini pemberian saguhati handaklah dihentikan kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi, katanya.

Dr Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai -- tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip keadilan dalam Islam.

Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan.

Beliau memberi contoh sesuatu operasi itu boleh menyebabkan sangkaan buruk tanpa bukti kukuh, mencemarkan maruah jika tersilap tangkapan, mengganggu ketenteraman individu dan haknya, menimbulkan kebencian terhadap pihak penguatkuasa agama jika masyarakat diperiksa tanpa bukti yang nyata dan lain-lain.

"Maka jika ada sebarang keraguan, hendaklah tidak diteruskan sesuatu operasi pada sesuatu masa atau tempat," katanya.

Dr Mohamed Asri menjelaskan bahawa jika operasi khalwat dibuat dengan mematuhi syarat-syarat yang berlandaskan ruh syarak, kesilapan dan bantahan orang ramai terhadap cara operasi dijalankan boleh di atasi.

"Fokus masalah umat Islam juga hendaklah lebih luas. Maka persoalan tajassus yang dibincangkan oleh para ulama hendaklah diberikan perhatian serius agar imej Islam dapat dipelihara," katanya.

Dr Mohamed Asri dalam kertas kerja bertajuk "Isu Tajassus (intipan mencari kesalahan) dalam Operasi Pencegahan Mungkar" itu berkata terdapat dua jenis maksiat -- pertama maksiat atau kemungkaran peribadi yang membabitkan seorang insan dengan Tuhannya sahaja tanpa mengancam keselamatan awam dan kedua, maksiat atau kemungkaran yang mengancam keselamatan awam.

Maksiat jenis pertama tidak boleh diintip manakala maksiat jenis kedua dibolehkan intipan dilakukan kerana keadaaan akan menjadi lebih berbahaya jika dibiarkan tanpa kawalan, katanya.

Beliau berkata apa yang sebenarnya dipertikaikan dalam isu operasi khalwat bukanlah usaha mencegah kemungkaran, tetapi disiplin dan pendekatan yang digunapakai serta fokus berlebihan yang diberikan terhadap maksiat tertutup sehingga melupakan tanggungjawab sebenar terhadap pencegahan maksiat terbuka.

"Islam adalah agama yang berpegang kuat dengan disiplin dan peraturan. Bermula dari wuduk, solat, puasa, zakat sehingga ibadat haji ada syarat dan rukunnya. Bermula dari dalam masjid sehingga ke medan perang, ada peraturan dan disiplinnya.

"Bahkan dalam keadaan yang sukar ketika bertempur dengan musuh pun, para pejuang Islam masih dituntut untuk berpegang dengan peraturan tertentu seperti tidak dicincang mayat, tidak dibunuh kanak-kanak dan sesiapa yang tidak terlibat, tidak dibunuh para perwakilan dan berbagai lagi," katanya.
posted by drmaza @ 5:42 PM  
Tuesday, February 6, 2007
Bangsa Bukan Penentu KeIslaman
Ada ketikanya penggunaan istilah yang salah boleh membawa kesan sangat buruk kepada kefahaman orang lain terhadap sesuatu perkara. Lebih malang lagi jika membabitkan kefahaman orang terhadap agama. Dalam pemerhatian saya, antara fahaman yang buruk yang membabitkan agama ialah menjadikan Melayu nama ganti kepada Islam, manakala Cina sebagai ganti kepada kafir.


Maka ada orang Melayu yang menyatakan kepada orang yang baru menganut Islam ‘masuk Melayu’, atau kadang kala mereka sebut ‘bukan Islam, Cina!’. Seakan-akan bagi mereka Cina mewakili kafir, Melayu mewakili Islam.Sehingga lebih buruk lagi apabila mereka melabel sepanjang hayat seorang bukan muslim yang berbangsa Cina jika menganut Islam sebagai muallaf, lebih buruk dalam loghat utara ‘mat loh’.Seakan-akan hanya Melayu saja yang dapat jadi Muslim sejati, adapun seorang Cina walau macam mana kuat pun Islamnya, dia tetap dianggap sebagai menumpang atau ‘tidak asli’.

Padahal ramai orang Cina yang menganut Islam dan keIslaman mereka begitu baik, dan berapa banyak pula orang Melayu lahir dalam keluarga Muslim, namun keislaman mereka harus dan wajar dipertikaikan.Kain pelikat, baju Melayu dan sampin, bukan pakaian Nabi Muhammad SAW.


Namun orang Melayu menganggap ia pakaian berunsur agama, kerana ia budaya Melayu. Ya! Islam juga tidak menghalang budaya yang tidak menyanggahi nas-nasnya. Namun, seketika dulu orang Melayu menganggap salah jika makan dengan sepit, kerana menyamai budaya orang Cina.


Walaupun tiada beza antara makan dengan sepit dengan makan menggunakan sudu dan garpu Inggeris. Apa yang Nabi SAW suruh ialah menyebut nama Allah, menggunakan tangan kanan dan makan bahagian yang sudah diperuntukkan, atau yang hampir. Ini seperti sabda Nabi SAW kepada ‘Umar bin Abi Salamah ketika dia hendak makan, ketika itu dia masih kecil:


“Wahai budak! Sebutlah nama Allah, makan dengan tangan kananmu dan makan apa yang dekat denganmu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Orang Melayu akan suruh orang Cina yang menganut Islam menukar nama mereka, lalu diganti dengan nama Arab. Seakan-akan nama seperti Ah Chong, Ah Seng, Lim, Koh, mewakili kekufuran. Mungkin kerana tidak berbunyi Arab, lalu orang Melayu rasa janggal. Malangnya, orang Melayu tidak berasa janggal dengan nama Awang, Leman, Seman dan yang seumpamanya yang semuanya bukan bahasa arab.


Bahkan banyak nama Melayu yang tidak ada makna pun dalam bahasa Arab.Lebih daripada itu, ada yang maknanya buruk jika diterjemahkan ke dalam dalam bahasa arab.Pun tidak mengapa kerana itu nama-nama pilihan Melayu. Apakah Melayu itu Islam, Islam itu Melayu!!.


Nabi SAW sendiri tidak menyuruh mereka yang menganut Islam pada zaman.Baginda mengubah nama, melainkan nama-nama yang membawa makna yang tidak baik. Nama ‘Umar itu sejak zaman jahiliyyah lagi dan itulah namanya apabila dia menganut Islam.Demikian juga kebanyakan sahabat lain. Saya tidak membantah orang Cina yang ingin mengubah nama.


Apatah lagi jika dengan mengubah nama itu menjadikan mereka kelihatan hampir dengan masyarakat Islam di seluruh peringkat. Namun mereka mesti diberi pilihan. Jika mengubah nama menjadikan orang Cina yang bukan-Muslim takut untuk menganut Islam, seakan-akan terbuang dari keluarganya yang asal dan hilang hubungan kerabat, apa salahnya mereka kekal dengan nama asal?.


Jika Awang boleh kekal, mengapa Ah Chong tidak?Anggapan yang men’seiras’kan Islam dengan watak Melayu sangat buruk kesannya dalam banyak hal. Apatah lagi apabila watak bangsa Melayu sekarang sebahagiannya bertentangan dengan Islam. Sementara, banyak watak bangsa Cina banyak padanya akhlak dan tabiat yang dipuji oleh Islam. Cuma kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan, ramai orang Melayu bariktikad dengan akidah Islam berbanding dengan orang Cina di Malaysia ini. Akidah yang sahih adalah penyelamat utama kehidupan akhirat.


Namun tidak boleh dinafikan, ramai Melayu yang hanya bernama dengan nama Muslim, sedangkan keimanannya kepada Allah dan Rasul-Nya kadang-kala lama musnah. Betapa ramai Melayu melakukan syirik, mempersendakan hukum-hakam Allah dan sunnah Rasul-Nya. Melayu jenis ini hanya bernama dengan nama Muslim, tetapi tidak berada dalam daerah iman, atau dalam kata lain terbatal imannya.


Orang Cina pula, disebabkan fenomena sejarah, menjadikan majoriti mereka tidak menganut Islam di Malaysia ini. Seruan Islam mungkin tidak jelas sampai ke pengetahuan mereka. Ditambah lagi orang Melayu yang menganut Islam ini tidak menyampaikan dakwah yang jelas. Sebaliknya dalam banyak hal mempertontonkan kepada mereka watak yang menyanggahi Islam.


Orang Melayu boleh berbincang bermacam-macam perkara dengan orang Cina, termasuk mengajak undi parti pilihan mereka. Namun mereka tidak mampu membincangkan mengenai kehebatan Islam, dan mengajak orang Cina menganut agama pilihan mereka. Bahkan sikap Melayu yang banyak tidak seiras dengan Islam menjadikan sebahagian besar orang Cina salah faham terhadap Islam atau jelek untuk menganut Islam.

Sifat malas, kurang berusaha, berdendam kesumat dan seumpamanya adalah sifat yang diperangi oleh Islam.


Malangnya, banyak sifat ini terlihat pada diri masyarakat Melayu. Ramai pelajar Melayu yang lemah serta ketinggalan dalam pelajaran dan ilmu pengetahuan. Jika mereka bersaing dengan pelajar Cina sama ada di sekolah atau universiti, dalam banyak keadaan pelajar Melayu kecundang. Hinggakan dalam persoalan ilmu Islam, orang Melayu tidak berminat dengan ilmu Islam yang tulen. Mereka lebih minat cerita Israiliyyat, kisah dongeng, petua yang tidak bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Mereka lebih suka maklumat yang diperoleh secara mudah tanpa fikir dan kaji.

Perpustakaan awam dan buku-buku, nisbah orang Melayu yang menggunakannya dan membaca masih lagi nipis. Lebih buruk lagi, dalam masa pelajar Cina berusaha dalam pelajaran mereka, pelajar Melayu ramai pula yang cuai. Namun begitu apabila hampir kepada tarikh peperiksaan sesetengah ibu bapa Melayu akan mencari kismis jampi atau air jampi ustaz untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Hasilnya, apabila keputusan peperiksaan keluar, pelajar yang berusaha tentu lebih cemerlang daripada yang hanya bergantung dengan air atau kismis jampi. Kalau orang Cina yang belum Islam tersalah faham mengenai Islam dengan menganggap perbuatan pelajar Melayu yang bergantung dengan air yang dianggapnya agama Islam, lalu mendapat keputusan yang kurang baik daripadanya, tentu dia menolak Islam.

Islam tidak mengajar hanya berjampi untuk menjadi cerdik. Dalam hadis ada beberapa sahabat yang didoakan Nabi SAW agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabat yang masih muda Ibn ‘Abbas r.a.huma yang Baginda doakan untuknya: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran) - Riwayat al-Bukhari.

Ibn ‘Abbas muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabat yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun, Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa Baginda datang bergolek, sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperoleh ilmu.

Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada Baginda SAW selama tiga puluh bulan. Kemudian Baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas 13 tahun. Beliau terus mengambil hadis daripada sahabat seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu’az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, Abu Sufyan, Abu Zar, Ubai bin Ka’b, Zaid bin Thabit dan lain. Berguru al-Quran dengan Ubai bin Ka’b dan Zaid bin Thabit. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 3/332-337, cetakan: Maktabah al-Risalah, Beirut).

Ertinya terlaksananya kehendak Allah dengan peraturan yang Allah tentukan untuk alam ini, iaitu sebab musabab. Ilmu datang dengan usaha dan kesungguhan. Para ulama seperti al-Imam al-Bukhari (w. 256H), al-Imam al-Syafi’I (w. 204H), Ibn Taimiyyah (w. 728H) dan seumpama mereka mereka menjadi jaguh ilmu setelah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.

Ditanya al-Imam al-Syafi’i. Dalam Tawali al-Ta`nis bi Ma’ali Muhammad bin Idris karangan Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H); kata Ibn Abi Hatim: “Aku mendengar al-Muzani (murid besar al-Imam al-Syafi’I) berkata: “Ditanya kepada al-Syafi’I: Bagaimana perasaan inginanmu terhadap ilmu? Jawabnya: “Apabila aku mendengar satu perkataan yang belum pernah aku dengar, maka seluruh anggota inginkan jika mereka memiliki pendengaran agar dapat menikmati apa yang dinikmati oleh kedua telinga”. Bagaimana halobamu terhadap ilmu?.

Jawabnya: “Seperti haloba pengumpul harta yang begitu menjaganya dalam mencapai kelazatan hartanya”. Bagaimana keadaan engkau mencari ilmu?. Jawabnya: “Seperti pencarian seorang wanita yang kehilangan anak tunggal”. Demikianlah juga Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah yang disebut oleh muridnya al-Imam Ibn al-Qayyim (w. 751H) bahawa karangan gurunya mencapai 350 buku. Beliau dikatakan sentiasa mendampingi ilmu. Hidupnya dengan ilmu.

Dalam Raudah al-Muhibbin Ibn al-Qayyim menyebut: “Syeikh kami (Ibn Taimiyyah) menceritakan kepadaku: “Apabila aku sakit, tabib menyatakan kepadaku: “Sesungguhnya mentelaahmu dan cakapmu dalam ilmu pengetahuan menambahkan sakitku”. Jawabku: “Sesungguhnya aku tidak sabar untuk itu. Aku ingin menilai pandanganmu dengan ilmu perubatanmu; tidakkah jiwa apabila ia gembira dan suka maka tabiatnya menjadi kuat dan menolak penyakit?”. Jawab dia: “Ya”. Aku berkata: “Sesungguhnya diriku bergembira dengan ilmu, maka tabiatnya menjadi kuat, lalu aku mendapati kerehatan.”

Demikianlah ulama yang cemerlang. Mereka tidak bergantung kepada air jampi atau pensel dan pemadam jampi sebelum memasuki peperiksaan. Juga tidak air surah Yasin yang masyarakat Melayu sering meminum airnya dengan melupakan kandungan ayatnya.

Generasi lalu cemerlang kerana mementingkan ilmu dan ikhlas kepada Allah dalam menuntutnya. Bukan hanya mementingkan sijil. Sikap mereka yang ikhlas terhadap ilmu dan berusaha agar cemerlang dalam bidang yang diceburi membawa Islam gemilang dan terbina tamadun ilmunya.

Ramai anak Melayu hanya mementingkan sijil tetapi tidak kualiti ilmunya. Akhirnya ramai yang mendapat sijil, namun tidak tertonjol kualitinya. Maka, lahirlah golongan yang tiada sijil dan ada ilmu dalam masa yang sama yang lebih malu ialah golongan yang ada sijil, tiada ilmu. Ini kerana mungkin mereka membaca sekadar untuk menjawab peperiksaan, apabila tamat peperiksaan ilmu pun hilang.

Kalaulah air jampi berfungsi tanpa perlukan kesungguhan ilmu tetapi betul dalam peperiksaan, maka itu tentu melahirkan lebih ramai pelajar lulus atau berjaya tanpa ilmu.

Kita kadang-kala patut memuji masyarakat Cina. Ada anak orang Cina yang tidak tinggi persekolahan mereka, tetapi mempelajari sesuatu bidang dengan tekun sekali tanpa sijil. Mereka sama ada mewarisi ilmu ibu bapa mereka, atau mempelajarinya secara praktikal daripada orang lain. Maka ramai mekanik cina yang sijilnya tidak tinggi tetapi maju.

Demikian juga kebanyakan tauke besar Cina yang pakar dalam pelbagai bidang perniagaan sekalipun tanpa sijil rasmi. Mereka terus mencari peningkatan. Tabiat kesungguhan ini adalah sesuatu yang disukai oleh agama. Agama menggalakkan agar kita sentiasa bergantung kepada Allah dan menambah ilmu. Firman Allah (maksudnya) “Katakanlah: Wahai tuhan! Tambahkan daku ilmu” (Surah Taha:113).

Walaupun ustaz Melayu dan orang Melayu selalu membaca hadis palsu; “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China” (Ini hadis yang palsu seperti yang disebut ulama. Lihat: Al-Jarrahi, Kasyf al-Khafa` 1/138, cetakan Dar Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut/ / Nasir al-Din al-Albani, Silsilah ad-Dha`ifah wa Al-Maudu`ah, 1/600, cetakan: Maktabah al-Ma`arif, Riyadh.). Orang Cina tidak membaca hadis palsu ini, namun mereka bertungkus lumus menuntut ilmu. Budaya membaca mereka lebih kuat daripada orang Melayu.

(Tersiar Di Majalah I Keluaran Feb)
posted by drmaza @ 4:08 PM  

Pengumuman

kalendar

pautan informasi
kiriman


arkib

Info
Kuliah Mufti Perlis Dr Maza
selepas Maghrib
setiap Isnin mlm Selasa
dan Rabu mlm Khamis
di Masjid Alwi Kangar
Pengumuman
Kuliah Perdana Dan Isu Terkini
Bersama SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jumaat, 20-July-2007
Di Dewan Ibn Qayyim
Jam 9.00 Malam
Semua Di Jemput Hadir
Kunjungan
blog counters