KENYATAAN MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN BERTARIKH 1 OGOS 2007 "Seperti mana yang saya gesa dalam tulisan saya tentang keperluan memahami fikah yang betul dalam berinteraksi dengan non-muslim, maka saya sekali lagi menggesa di sini agar semua pihak khusus pihak pengurusan agama memasukkan dalam sukatan pengajian di universiti, sekolah-sekolah agama dan masjid satu mata pelajaran khas tentang hal ini. Dengan kita memahami Islam yang sebenar, yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang bersifat mudah dan realitik, maka imej Islam akan lebih terserlah di hadapan mata non-muslim. Segala salah faham mereka terhadap agama -akibat dari salah kita terhadap sikap Islam dalam berinteraksi dengan mereka- akan dapat dihapuskan. Bahkan semoga itu menjadi cahaya penyuluh yang membawa mereka kepada keindahan Islam".
|