Saturday, April 21, 2007
Kenyataan Mufti Perlis S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tentang beberapa kumpulan yang menunjukkan kebencian terhadap Islam

"Saya melihat beberapa pihak termasuk IFC masih meneruskan perjuangan mereka kononnya untuk menuntut hak mereka atau agama lain di sisi perlembagaan.

Sikap mereka yang double-standard menunjukkan adanya nilai-nilai kebencian yang amat serius terhadap Islam dan umatnya.

Mengapakah mereka hanya bising dengan laung azan kononnya mengganggu orang bukan Islam, dalam masa yang sama mereka tidak membantah perarakan agama tertentu yang menggangu jalan raya sehingga menyebabkan terganggunya urusan penganut agama lain berjam-jam?!!.

Negara ini memang untuk semua. Namun identiti negara ini ialah Islam dan Islam mesti dipertahankan ketuanannya.


Berjuang menghadapi percubaan menghapuskan identiti Islam dalam negara ini yang dilakukan oleh puak-puak ini adalah perjuangan ad-din yang dituntut oleh syarak dan mudah-mudahan mendapat balasan pahala yang besar di sisi Allah".
posted by drmaza @ 3:25 PM  

Pengumuman

kalendar

pautan informasi
kiriman


arkib

Info
Kuliah Mufti Perlis Dr Maza
selepas Maghrib
setiap Isnin mlm Selasa
dan Rabu mlm Khamis
di Masjid Alwi Kangar
Pengumuman
Kuliah Perdana Dan Isu Terkini
Bersama SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jumaat, 20-July-2007
Di Dewan Ibn Qayyim
Jam 9.00 Malam
Semua Di Jemput Hadir
Kunjungan
blog counters